Its Me, Eyza !

Fakta (3) Ku-Chan (5) My Diary (9) Prolog (2)

Rabu, 18 September 2013

Kehilangan sahabat

Assalamualaikum...

Eyza Chommie-Chommie tak ada mood !!!!
 
Hari ini, 18 September 2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434, Rabu..
Dah masuk 3 hari, iaitu pada 15 September, Ku-Chan tak balik rumah..

Eyza Chommie-Chommie pun tak tau kenapa,, kebimbangan semakin menyelubungi hati, kerisauan semakin menerjah diri..

Ku-Chan tengah sarat bunting, tinggal tunggu hari nak melahirkan anak, kebetulan ni musim hujan, tambahan pula kawasan kampung banyak anjing berkeliaran...

Tak putus-putus doa Eyza Chommie-Chommie.. Berita kehilangan sudahpun disebarkan di laman muka buku, bagi meminta doa simpati agar Ku-Chan selamat..

Tapi sampai ke saat entri ini ditulis, Ku-Chan tak pulang-pulang lagi..

Hancur hati Eyza Chommie-Chommie ni... Iye lah, bayangkan kalau ahli keluarga kita hilang, macam mana ? Macam itulah perasaannya.. Sebab Ku-Chan itu bukan haiwan peliharaan, tapi Ku-Chan tu ahli keluarga Eyza Chommie-Chommie juga, dia ibarat kawan, dia ibarat teman, dia ibarat adik..

Hancur hati bila memikirkan impian yang Eyza Chommie-Chommie baru nak merancang buat bersama-sama Ku-Chan..

Sebenarnya, 9 September lepas, Eyza Chommie-Chommie ada beli sebuah gitar,.
Eyza Chommie-Chommie baru nak belajar bermain gitar semata-mata untuk menyanyikan lagu Sahabat pada Ku-Chan, tapi sekarang impian tu dah musnah sama sekali....

Kesal rasanya bila kita kehilangan sahabat yang kita sayangi waima ia seekor kucing, tapi dialah peneman Eyza Chommie-Chommie, dialah tempat Eyza Chommie-Chommie nak bergurau, dialah tempat Eyza Chommie-Chommie kongsikan kasih saying, dialah tempat Eyza Chommie-Chommie bermain... Dialah segala-galanya !

Ok lah, entri kali nie sampai di sini je, Eyza Chommie-Chommie tak berapa ada mood nak menulis tentang dia..

Bye, Assalamualaikum,,

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !