Its Me, Eyza !

Fakta (3) Ku-Chan (5) My Diary (9) Prolog (2)

Khamis, 5 September 2013

Peluk Teddy Bear Ketat-ketat

(peluk teddy bear ketat-ketat)
Merenung masa hadapan
Kadang-kadang kita takut nak berdepan
dengan realiti kehidupan
Hidup ini ketentuan Tuhan
Cuma aku yang tiada kekuatan


Assalamualaikum... Hye hye semua (dalam hati kata, walhal tak ada follower pun), haha ! :)

Agak lama jugaklah Eyza Chommie-Chommie dah tak masukkan entri baru sebab Eyza Chommie-Chommie sibuk berkarya dengan cerpen tentang kisah hidup sebenar Eyza Chommie-Chommie.. Kiranya kalau ada masalah, sedih, atau nak luahkan perasaan, Eyza Chommie-Chommie bukan setakat tulis di blog, tapi Eyza Chommie-Chommie rangkumkan pada cerpen tu, hehe manalah tahu,, suatu hari nanti masyarakat teringin nak tahu tentang kisah hidup Eyza Chommie-Chommie, bolehlah baca cerpen tu, ishh, berangan pula !
Satu lagi karya yang sekarang Eyza Chommie-Chommie cuba nak hasilkan bertajuk "Impiannya Menjadi Artis Popular !".. Hehehe kelakar tak ? Sebenarnya kisah ni pun diadaptasi daripada diri Eyza Chommie-Chommie yang hobinya sentiasa berangan-angan,..

Oh ye kalau korang nak tahu, Eyza Chommie-Chommie ni memang kuat berangan ! Tapi mujurlah kulit muka Eyza Chommie-Chommie ni bukan jenis yang berjerawat, sebabnya bukan apa, kata orang tua-tua kalau kita kuat berangan nanti muka banyak jerawat !

Hari ni, sebenarnnya, Eyza Chommie-Chommie rasa 'down' sikit..
Frust, dan agak 'bad mood' jugaklah..

Kenapa ? Hurmm... Last week Eyza Chommie-Chommie cuba nak apply cashier kat salah sebuah pasaraya terkemuka kat Bandar Batu Pahat dengan seorang cousin, dia pun nak apply jugak sebab mula-mulanya dia yang ajak Eyza Chommie-Chommie.

Tapi, permohonan Eyza Chommie-Chommie ditolak disebabkan Eyza Chommie-Chommie ada tulis kat borang tu pasal masalah kesihatan.. So, cousin Eyza Chommie-Chommie jelah yang dapat tawaran job kat situ..

Yelah kan... Penuntut universiti yang tengah cuti 1 semester ni tak laku nak bekerja.. Diorang pun malas nak 'kotorkan' buku kan.. Lagi pun kalau Eyza Chommie-Chommie berdiri terlalu lama, yelah kan kerja cashier mesti berdiri berjam-jam, takut-takut nanti pengsan, atau tiba-tiba kejang, siapa yang susah ?

Hmm, kiranya Eyza Chommie-Chommie ni makan hati berulam jantung jugalah, bukan pada cousin tu, tapi, memikirkan nasib badan..

Lagi satu, Eyza Chommie-Chommie rasa jealous sangat tengok gambar di facebook, kawan-kawan kat UiTM tu praktikal nursing sementara Eyza Chommie-Chommie ni cuma duduk di kampung menghabiskan Cuti Khas 1 Semester...

Cemburu rasanya bila tengok kawan-kawan sedang sibuk belajar bersungguh-sungguh, bergambar dengan geng diorang, hidup jauh daripada keluarga & rumah, hidup berdikari.. Sebab Eyza Chommie-Chommie pun nak juga merasa pengalaman berharga macam tu.. Bukan senang tau !
Tak apalah, Eyza Chommie-Chommie doakan mereka berjaya, nanti Eyza Chommie-Chommie yang tumpang gembira juga...

Hmm, lupa pula nak beritahu, Eyza Chommie-Chommie sedang bercuti khas ni disebabkan penukaran program pembelajaran.. Sekarang ni, mungkin bercuti sampai ke bulan November kot, Eyza Chommie-Chommie kena tunggu semester baharu untuk belajar 'course' yang baru.. Diploma Mikrobiologi & Diploma Perbankan menjadi pilihan.. Cuma perlu tunggu berita seterusnya oleh pihak jabatan.

Kerap kali Eyza Chommie-Chommie termenung, bila kita ada niat yang baik, kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan ?
Eyza Chommie-Chommie cuma nak menuntut ilmu jer, kenapa Tuhan belum makbulkan doa Eyza Chommie-Chommie ?
Hmm, mungkin belum tiba waktunya kan ?

Selalu Eyza Chommie-Chommie terfikir, kalau nak kerja nurse pun tak boleh, kalau nak kerja cashier pun tak boleh, habis tu, Eyza Chommie-Chommie nak kerja apa nanti ?

Apa pun tak boleh !
 
 
Sabar... Sabar.... Think positively... Memandangkan hari ni hari Khamis, so, lepas solat Maghrib, Eyza Chommie-Chommie baca Surah Yassin.. Alhamdulillah, lepas selesai baca ayat suci Al-Quran, hati Eyza Chommie-Chommie rasa lebih tenang..
 
Oklah, kalian semua doakanlah yang terbaik untuk diri Eyza Chommie-Chommie ye ! Tunggu berita Eyza Chommie-Chommie  akan dimuatkan pada entri yang akan datang...
 
Bye bye bye !
 

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !