Its Me, Eyza !

Fakta (3) Ku-Chan (5) My Diary (9) Prolog (2)

Selasa, 16 Julai 2013

Hujan rahmat di Puncak Alam

Assalamualaikum...

Hari ni sekali lagi Eyza Chommie-Chommie tak buat apa-apa..
Stay kat kolej je
Macam biasa je xtvt berfacebook, tulis cerpen, dan semestinya merenung masa depan... Hu huu..

Hari nie hujan rahmat turun selebat-lebatnya kat Puncak Alam ni,
mungkin, hari ni satu permulaan yang baik untuk Eyza Chommie-Chommie berubah ke arah yang lebih baik untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang.. Insha-Allah doakan Eyza Chommie-Chommie supaya sentiasa lebih bersemangat & always think positively..

Sambil menyelam, minum air,
Sambil menaip, berangan-angan tak sudah,.

Dari jendela bilik ni memperlihatkan keindahan kawasan kampus UiTM Puncak Alam.. Hmm indahnya melihat bangunan kampus yang tersergam megah kebanggaan bumiputera ni,. Bersyukur sangat dapat diberi peluang untuk menuntut di sini, (walaupun setakat ni Eyza Chommie-Chommie tak pegi kuliah pun !)

Hmm setakat ni Eyza Chommie-Chommie tak terfikir lagi nak balik kampung di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.. Mungkin balik ke rumah abang kat Banting, Selangor, tapi, nanti dululah
Tapi Eyza Chommie-Chommie tetap kena balik kampung juga, mungkin minggu depan, sebab ada temujanji dengan doktor pakar di Klinik Pakar 1 Hospital Sultanah Nora Ismail (dulunya dikenali sebagai Hospital Batu Pahat)
Hu hu huu.. Nanti mesti ada sesi "soal siasat" tentang diri Eyza Chommie-Chommie..
Tak apalah, lagi pun Eyza Chommie-Chommie dah berazam nak lawan penyakit ni, jadi, kena jugalah merelakan hati ni, kena pergi jugalah jumpa dengan doktor pakar tuu..

Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif bergema di ruang bilik Eyza Chommie-Chommie (biasalah, roommate tak ada, pegi kuliah kan, so, buka lagu pun volume kuat-kuat juga lah)

Lagu ni menjadi inspirasi kepada Eyza Chommie-Chommie untuk lebih bersemangat dalam hidup..

Ok lah, hayatilah lirik lagu ni (walaupun pendek je)...

Hidup baik-baik !

Assalamualaikum !


AdaMu - Najwa Latif


Merenung ke luar jendela

Melihat kebesaran-Nya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran

Kutahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang Satu

Yang setia bersamaku

Dikala kujatuh kubangkit kernaMu

Kutahu ku adaMu disisiku selalu

Bantulah hambamu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu….
 
 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !