Its Me, Eyza !

Fakta (3) Ku-Chan (5) My Diary (9) Prolog (2)

Selasa, 16 Julai 2013

History of Eyza Chommie-Chommie name

Assalamualaikum !

Hello hello semua !

Kali ni Eyza Chommie-Chommie nak berkongsi satu rahsia !

Haa rahsia apa yek ?

  • Eyza Chommie-Chommie ada 'secret admirer' ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie ada melakukan kesalahan jenayah ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie ni sebenarnya gemuk gedempol atau 'chubby' ke orangnya ?
  • Eyza Chommie-Chommie ada curi emas kat lombong ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie dah jadi penggodam akaun Facebook orang ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie ada curi wang kat Bank Simpanan Nasional ke ? Atau mungkin Tabung Haji ? Erkk !

He he hee bukanlah.. :)

Sebenarnya Eyza Chommie-Chommie nak berkongsi rahsia nama asal 'Chommie-Chommie' nie...

Nama Eyza Chommie-Chommie tu pun bukan nama sebenar admin kat dalam kad pengenalan tau.. Ni cuma sekadar nama samaran atau nama panggilan, atau nama manja juga lah..

Begini, dahulunya Eyza Chommie-Chommie ada seekor kucing bernama Cit Cit (tapi kucing ni sudah tiada di alam  yang fana' ni), dan kucing ini telah melahirkan anak, rupa dan bulu mereka hampir sama, rupa mereka sangat comel. Kalau nak tau, baby kitten tu lahir pada 1 Januari 2011 tau, sedang kita bergembira sambut tahun baru 2011 kan..

Eyza Chommie-Chommie nak namakan baby kitten ni bersempena dengan kecomelannya..

Lama juga Eyza Chommie-Chommie fikir nak letak nama apa yang sesuai dengan nama " Comel " ni ye ?

Lama-kelamaan, bila dah dikaitkan dengan nama " Comel " nie, Eyza Chommie-Chommie dapat satu idea yang betul-betul marvellous !

Nak tau nama apa yang Eyza Chommie-Chommie dapat ?



CHOMMIE
 
 
 
Haa kan ? Haa kan ? So, Eyza Chommie-Chommie pun letak la nama CHOMMIE tu ke dalam sijil lahir baby kitten tu (walhal tak wujud pun sijil lahirnya yang sebenar)..

So, setiap hari Eyza Chommie-Chommie biasakan baby kitten tu untuk dipanggil CHOMMIE, Alhamdulillah, kami mengharungi hidup bersama-sama dengan kegembiraan..

Tapi, persahabatan kami cuma bertahan selama setahun 11 bulan, tak sampai 2 tahun pun. Dia pergi pada 30 November 2012, satu hari je lepas Eyza Chommie-Chommie tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan cara yang Eyza Chommie-Chommie sampai sekarang pun tak dapat nak terima kenyataannya. Menangis-nangis Eyza Chommie-Chommie masa tu.. Sedih kan ?
Tak apa, sekarang ni, anak kepada Chommie tu, Ku-Chan, menjadi tatapan pengubat rindu kucing tersebut..


Dan mulai dari itu la, sebagai menghargai tanda persahabatan kitorang, Eyza Chommie-Chommie pun mengabadikan nama ni sebagai nama panggilan, nama samaran, dan juga nama manja admin, pada akaun facebook, pada akaun email google, pada blog, pada Instagram, dan juga pada akaun We Chat ID...

Ok lah, mata dah lekat-lekat kantuk macam ada magnet U dengan S ni, muka pun dah lemau macam biskut marie yang tak disimpan dalam Tupperware, tangan pun dah penat layu je macam pokok bunga puding Mama Eyza Chommie-Chommie yang dah seminggu tak disiram air, ok lah, kita jumpa lagi next time..

Bye bye & Assalamualaikum !



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !