Its Me, Eyza !

Fakta (3) Ku-Chan (5) My Diary (9) Prolog (2)

Selasa, 16 Julai 2013

Think Positively !

Assalamualaikum !

Hmm, hari ni, Eyza Chommie-Chommie pagi-pagi lagi dah pergi berjumpa dengan lecturer. Daripada minggu lepas, ada seorang kawan tu ada cakap, pensyarah tu nak jumpa Eyza Chommie-Chommie.

Hu huu, apalah yang bakal dibicarakan yek ?
Dup dap dup dap
Lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif bergema di cuping telinga Eyza Chommie-Chommie,
 
" Banyak persoalan yang berada di minda"
"Banyak tanda tanya dan juga kata kerja"

Hmm, rupa-rupanya beliau sangat mengambil berat akan keadaan Eyza Chommie-Chommie. Yela kan, dalam proses pertukaran program, tup tup ada penyakit, so, beliau ni sangat 'caring' tau orangnya.

Banyak nasihat dan kata-kata semangat yang dah beliau tiupkan dalam diri Eyza Chommie-Chommie ni. Terharu sangat tau.

Sesi perjumpaan bersama pensyarah muda tu dah macam sesi kaunseling jugak tau, termasuk juga sesi meluahkan perasaan.. Pensyarah muda tu mengingatkan Eyza Chommie-Chommie, agar sentiasa " think positively " ... Hmmm, mungkin selama ni memang la, Eyza Chommie-Chommie selalu berfikiran negative, patut la x pandai nak adapt problem..

Sejujurnya, hari ni Eyza Chommie-Chommie rasa bebanan yang selama ni dipikul, lenyap serta merta.. Hari ni, Eyza Chommie-Chommie bertekad, 'always think positively', dan berharap, hari ini merupakan permulaan yang baik untuk Eyza Chommie-Chommie berubah, dan untuk menghadapi hari-hari seterusnya yang akan mendatang...




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !