Its Me, Eyza !

Fakta (3) Ku-Chan (5) My Diary (9) Prolog (2)

Rabu, 18 September 2013

Kehilangan sahabat

Assalamualaikum...

Eyza Chommie-Chommie tak ada mood !!!!
 
Hari ini, 18 September 2013 bersamaan 12 Zulkaedah 1434, Rabu..
Dah masuk 3 hari, iaitu pada 15 September, Ku-Chan tak balik rumah..

Eyza Chommie-Chommie pun tak tau kenapa,, kebimbangan semakin menyelubungi hati, kerisauan semakin menerjah diri..

Ku-Chan tengah sarat bunting, tinggal tunggu hari nak melahirkan anak, kebetulan ni musim hujan, tambahan pula kawasan kampung banyak anjing berkeliaran...

Tak putus-putus doa Eyza Chommie-Chommie.. Berita kehilangan sudahpun disebarkan di laman muka buku, bagi meminta doa simpati agar Ku-Chan selamat..

Tapi sampai ke saat entri ini ditulis, Ku-Chan tak pulang-pulang lagi..

Hancur hati Eyza Chommie-Chommie ni... Iye lah, bayangkan kalau ahli keluarga kita hilang, macam mana ? Macam itulah perasaannya.. Sebab Ku-Chan itu bukan haiwan peliharaan, tapi Ku-Chan tu ahli keluarga Eyza Chommie-Chommie juga, dia ibarat kawan, dia ibarat teman, dia ibarat adik..

Hancur hati bila memikirkan impian yang Eyza Chommie-Chommie baru nak merancang buat bersama-sama Ku-Chan..

Sebenarnya, 9 September lepas, Eyza Chommie-Chommie ada beli sebuah gitar,.
Eyza Chommie-Chommie baru nak belajar bermain gitar semata-mata untuk menyanyikan lagu Sahabat pada Ku-Chan, tapi sekarang impian tu dah musnah sama sekali....

Kesal rasanya bila kita kehilangan sahabat yang kita sayangi waima ia seekor kucing, tapi dialah peneman Eyza Chommie-Chommie, dialah tempat Eyza Chommie-Chommie nak bergurau, dialah tempat Eyza Chommie-Chommie kongsikan kasih saying, dialah tempat Eyza Chommie-Chommie bermain... Dialah segala-galanya !

Ok lah, entri kali nie sampai di sini je, Eyza Chommie-Chommie tak berapa ada mood nak menulis tentang dia..

Bye, Assalamualaikum,,

Sabtu, 14 September 2013

Baru nak belajar

Assalamualaikum...

Hye semua (walhal sampai ke saat nie follower tak ada pun, erk ! Tutup muka malu sendiri).. Takpe takpe..

Berita apa kali ni Eyza Chommie-Chommie nak kongsikan yek ?

Aaaa ! Muka tembam Eyza Chommie-Chommie ditumbuhi jerawat ! Ni mesti kes kuat berangan nie... Setakat ni dah 2 tempat jerawat ni bermastautin.. Ohh Tuhan...

Eh eh eh, sebenarnya buka berita tu yang nak dikongsikan..

Haa, jeng jeng jeng !


Ini dia... Eyza Chommie-Chommie beli gitar akustik baru !

Kalau nak tahu, harga sebenar dia RM 110.. Tapi lepas ditawar, dapatlah RM 104.. Dapat 5 % diskaun je,,, Tak apalah.. Itu pun dikira yang paling murah tau.. Nak beli yang mahal-mahal pun, Eyza Chommie-Chommie bukannya tahu main pun..

Apa ?? Tak tahu main gitar tapi beli gitar ? Macam mana ?

Iyelah,, sebenarnya, dalam hati dah lama teringin nak belajar main gitar sejak dari sebelum SPM lagi, tapi niat tu terpaksa ditangguh dulu sebab masa tu sibuk dengan exam, tapi baru 9 September 2013 Eyza Chommie-Chommie dapat beli gitar ni..

Tapi, ramai yang pertikaikan kebolehan Eyza Chommie-Chommie ni pandai main gitar ke ?
Ha ha haa memang tak pandai pun..
Tapi ada hati nak main gitar ?

Takpe takpe.. Relaks ! Hmm memanglah Eyza Chommie-Chommie ni baru nak belajar main gitar.. Tapi, kos nak ke kelas muzik bukan murah tau..

Last-last, Eyza Chommie-Chommie ambil inisiatif sendiri, belajar daripada internet & you tube.. Hmm bolehlah..

Dan setakat ni Eyza Chommie-Chommie baru hafal beberapa kord gitar, contohnya kord C, Am, Em, F & G.. Itu jelah, hehe.. Lagi pun, bukan senang tau nak main gitar.. Tangan ni dah lah kaku...



Jumaat, 6 September 2013

Kismis baik untuk kesihatan

Assalamualaikum !
 
Hye semua ! Sempena bulan September yang menjelma ni, tentunya para pelajar semua mula resah, kan ?

Aku mulai resah
Hatiku jadi kebah
Melihat dirimu aku rebah
 
Hehehe, dah macam lagu Carta Hati nyanyian Najwa Latif pula... :)
Ok, ok, sebab apa ? Sebab tentunya tarikh peperiksaan yang just around the corner kan, Eyza Chommie-Chommie faham perasaan korang, sebab Eyza Chommie-Chommie pun pernah bergelar pelajar, pernah juga mengalami situasi macam tu,... Haa, kali ni, Eyza Chommie-Chommie nak kongsikan mengenai kebaikan kismis. Eyza Chommie-Chommie rasa entri ini sangat menarik untuk dikongsikan kepada para pembaca di luar sana, especially pada pelajar-pelajar kat luar sana tuu.. Fakta ni Eyza Chommie-Chommie dapat melalui akhbar Harian Metro.. Eyza Chommie-Chommie cuma salin bulat-bulat daripada akhbar tu, so, kalau ada kesilapan, Eyza Chommie-Chommie mohon ampun banyak-banyak.. Okey, check this out !


Khamis, 5 September 2013

Peluk Teddy Bear Ketat-ketat

(peluk teddy bear ketat-ketat)
Merenung masa hadapan
Kadang-kadang kita takut nak berdepan
dengan realiti kehidupan
Hidup ini ketentuan Tuhan
Cuma aku yang tiada kekuatan


Assalamualaikum... Hye hye semua (dalam hati kata, walhal tak ada follower pun), haha ! :)

Agak lama jugaklah Eyza Chommie-Chommie dah tak masukkan entri baru sebab Eyza Chommie-Chommie sibuk berkarya dengan cerpen tentang kisah hidup sebenar Eyza Chommie-Chommie.. Kiranya kalau ada masalah, sedih, atau nak luahkan perasaan, Eyza Chommie-Chommie bukan setakat tulis di blog, tapi Eyza Chommie-Chommie rangkumkan pada cerpen tu, hehe manalah tahu,, suatu hari nanti masyarakat teringin nak tahu tentang kisah hidup Eyza Chommie-Chommie, bolehlah baca cerpen tu, ishh, berangan pula !
Satu lagi karya yang sekarang Eyza Chommie-Chommie cuba nak hasilkan bertajuk "Impiannya Menjadi Artis Popular !".. Hehehe kelakar tak ? Sebenarnya kisah ni pun diadaptasi daripada diri Eyza Chommie-Chommie yang hobinya sentiasa berangan-angan,..

Oh ye kalau korang nak tahu, Eyza Chommie-Chommie ni memang kuat berangan ! Tapi mujurlah kulit muka Eyza Chommie-Chommie ni bukan jenis yang berjerawat, sebabnya bukan apa, kata orang tua-tua kalau kita kuat berangan nanti muka banyak jerawat !

Hari ni, sebenarnnya, Eyza Chommie-Chommie rasa 'down' sikit..
Frust, dan agak 'bad mood' jugaklah..

Kenapa ? Hurmm... Last week Eyza Chommie-Chommie cuba nak apply cashier kat salah sebuah pasaraya terkemuka kat Bandar Batu Pahat dengan seorang cousin, dia pun nak apply jugak sebab mula-mulanya dia yang ajak Eyza Chommie-Chommie.

Tapi, permohonan Eyza Chommie-Chommie ditolak disebabkan Eyza Chommie-Chommie ada tulis kat borang tu pasal masalah kesihatan.. So, cousin Eyza Chommie-Chommie jelah yang dapat tawaran job kat situ..

Yelah kan... Penuntut universiti yang tengah cuti 1 semester ni tak laku nak bekerja.. Diorang pun malas nak 'kotorkan' buku kan.. Lagi pun kalau Eyza Chommie-Chommie berdiri terlalu lama, yelah kan kerja cashier mesti berdiri berjam-jam, takut-takut nanti pengsan, atau tiba-tiba kejang, siapa yang susah ?

Hmm, kiranya Eyza Chommie-Chommie ni makan hati berulam jantung jugalah, bukan pada cousin tu, tapi, memikirkan nasib badan..

Lagi satu, Eyza Chommie-Chommie rasa jealous sangat tengok gambar di facebook, kawan-kawan kat UiTM tu praktikal nursing sementara Eyza Chommie-Chommie ni cuma duduk di kampung menghabiskan Cuti Khas 1 Semester...

Cemburu rasanya bila tengok kawan-kawan sedang sibuk belajar bersungguh-sungguh, bergambar dengan geng diorang, hidup jauh daripada keluarga & rumah, hidup berdikari.. Sebab Eyza Chommie-Chommie pun nak juga merasa pengalaman berharga macam tu.. Bukan senang tau !
Tak apalah, Eyza Chommie-Chommie doakan mereka berjaya, nanti Eyza Chommie-Chommie yang tumpang gembira juga...

Hmm, lupa pula nak beritahu, Eyza Chommie-Chommie sedang bercuti khas ni disebabkan penukaran program pembelajaran.. Sekarang ni, mungkin bercuti sampai ke bulan November kot, Eyza Chommie-Chommie kena tunggu semester baharu untuk belajar 'course' yang baru.. Diploma Mikrobiologi & Diploma Perbankan menjadi pilihan.. Cuma perlu tunggu berita seterusnya oleh pihak jabatan.

Kerap kali Eyza Chommie-Chommie termenung, bila kita ada niat yang baik, kenapa Tuhan tak tunjukkan jalan ?
Eyza Chommie-Chommie cuma nak menuntut ilmu jer, kenapa Tuhan belum makbulkan doa Eyza Chommie-Chommie ?
Hmm, mungkin belum tiba waktunya kan ?

Selalu Eyza Chommie-Chommie terfikir, kalau nak kerja nurse pun tak boleh, kalau nak kerja cashier pun tak boleh, habis tu, Eyza Chommie-Chommie nak kerja apa nanti ?

Apa pun tak boleh !
 
 
Sabar... Sabar.... Think positively... Memandangkan hari ni hari Khamis, so, lepas solat Maghrib, Eyza Chommie-Chommie baca Surah Yassin.. Alhamdulillah, lepas selesai baca ayat suci Al-Quran, hati Eyza Chommie-Chommie rasa lebih tenang..
 
Oklah, kalian semua doakanlah yang terbaik untuk diri Eyza Chommie-Chommie ye ! Tunggu berita Eyza Chommie-Chommie  akan dimuatkan pada entri yang akan datang...
 
Bye bye bye !
 

Rabu, 17 Julai 2013

Fakta (Saje je nak tulis)

Assalamualaikum !

Hari nie Eyza Chommie-Chommie nak kongsi beberapa fakta.. Saje je nak tulis.. He heee..

1. Pada awal tahun 1900, warna merah jambu atau 'pink' dikhususkan untuk kaum lelaki, tapi, oleh sebab warna 'pink' ni terlalu lembut, jadi warna ni ditukarkan khusus untuk kaum perempuan.. (tapi tak kisah la citarasa setiap orang kan berbeza-beza)

2. Di Malaysia, dianggarkan bahawa kaum perempuan lebih berminat untuk menyambung pembelajaran di mana-mana Institut Pengajian Tinggi berbanding dengan kaum lelaki. (Kaum lelaki di luar sana jangan la berkecil hati, ni cuma kajian sahaja)

3. Dianggarkan remaja kini menghabiskan waktu mereka sehari-hari selama lebih 4 jam dengan melayari internet, dan bersosial di laman sesawang. (Hehe termasuklah Eyza Chommie-Chommie sendiri, yelahkan, zaman dah moden, dunia dah maju)

4. Kajian di Amerika mendapati bahawa memakan coklat boleh memanjangkan umur seseorang berbanding mereka yang kurang memakan coklat kerana coklat mengandungi bahan-bahan antioksidan... (Tapi semua ketentuan ajal dan maut di tangan Tuhan kan, tapi kalau selalu makan coklat pun tak elok untuk kesihatan, jadi berpada-padalah, hadkan kuantiti pengambilan coklat tu, kan tak pasal-pasal jadi kencing manis, ni bukan tahap memanjangkan umur tapi memendekkan umur adalah)

5. Terlalu lama duduk pun boleh mengundang kepada penyakit jantung.. Jadi, kalau korang terlalu lama duduk, kerap-kerapkanlah buat senaman ringan, contohnya bangun sekejap dan regang-regangkanlah urat-urat di tubuh badan kita, buat 'stretching' ke.. (Kita pun sebenarnya tak boleh nak mengelak daripada duduk terlalu lama, yelahkan, yang bekerja di pejabat, yang bersekolah duduk berjam-jam di kelas ketika cikgu mengajar, yang penuntut universiti duduk kat kuliah satu subjek pun berjam-jam, kan ? kan ? kan ?)

6. Dianggarkan, ketika Eyza Chommie-Chommie ni sibuk menaip, berjuta-juta orang di dunia ni sedang menghisap rokok, berkepul-kepul asap mereka keluar masuk dalam hidung, mendidih-didih paru-paru diorang, meluap-luap anak tekak diorang. (Yang peliknya, sampai saat entri ni ditulis, masih ramai lagi yang belum insaf untuk berhenti merokok.. Ishh... Tak sedar diri ke yang merokok tu membahayakan kesihatan ? Setiap sedutan membawa padah ! Setiap sedutan mendatangkan dosa ! Yalah kan, melakukan perkara yang mendatangkan mudarat pada diri sendiri..)

7. Setiap hari, semakin bertambah-tambah orang yang memiliki akaun di Facebook. Tidak mengira umur pun, semua orang pun dah memiliki akaun Facebook sendiri. (Kadang-kadang satu orang melebihi satu akaun Facebook kan ?)

Okey lah, sampai setakat tu je yang Eyza Chommie-Chommie boleh kongsikan.. Tunggu entri seterusnya yang akan datang.. Bye-bye !

Lemah semangat ! Down ! Give Up !

Assalamualaikum !

Hye semua... Nak tau tak, hari ni hari apa ?
Hari Rabu laa kan ?
Hehe memang hari Rabu, bersamaan 17 Julai 2013 bersamaan 8 Ramadhan... Hmm, diam tak diam dah masuk hari ke-8 dah kita berpuasa.. Alhamdulillah, kita masih lagi dipanjangkan umur untuk berada di dalam bulan yang mulia nie, bulan Ramadhan al-Mubarak yang penuh dengan keberkatan..

Sebenarnya, hari ni dah kira genap sebulan Eyza Chommie-Chommie bergelar pelajar UiTM di UiTM Kampus Puncak Alam ni.. Macam tak percaya je kan ? Macam baru je minggu lepas Eyza Chommie-Chommie lapor diri kat sini.. Tapi sekarang ni masa pantas je berlalu kan..

Hmm, hari nie Eyza Chommie-Chommie hampir rasa give up lagi..
Aii ? Kata semalam nak berubah ? Nak thinking positively ?


Nak tau kenapa ?

Ohh tidakkkk !!!!! Eyza Chommie-Chommie menjerit sampai keluar anak tekak, seluruh seisi satu kampus UiTM Puncak Alam bergegar dengar suara Eyza Chommie-Chommie yang macam kartun nie, menjerit !! (cuba bayangkan, suara Doraemon menjerit, haaa macam tu la Eyza Chommie-Chommie menjerit)

Tadi, salah seorang kakak saudara yang dipanggil Kakak Long (sebab dia ni anak sulong, dan merupakan sepupu yang paling tua dalam sepupu Eyza Chommie-Chommie) beritahu Eyza Chommie-Chommie yang.........

 
permohonan penukaran program pembelajaran ditolak ! ! !
 
 
 
Dan satu lagi, pihak Hal Ehwal Pelajar (HEA) tu berpendapat yang Eyza Chommie-Chommie nie sihat dan boleh meneruskan program Kejururawatan nie.. Haaaa ! Yeke ?
 
 
Betul ke Eyza Chommie-Chommie ni sihat ?
Yeke ? ?
Lagi satu, Eyza Chommie-Chommie dianggap sihat hanya kerana Eyza Chommie-Chommie melampirkan laporan perubatan doktor yang sudah lama iaitu setahun lepas... Tapi, Eyza Chommie-Chommie masih boleh memohon menukar course dengan syarat melampirkan laporan perubatan doktor yang terkini..
 
Hmm yeke ?
 
Eyza Chommie-Chommie dah bingung dengan semua ni...
Sebenarnya Eyza Chommie-Chommie ni sihat atau tak ?
Sebenarnya Eyza Chommie-Chommie ni ada masalah kesihatan atau tak ?
 
Time ni la, Eyza Chommie-Chommie sudah mengalirkan air mata sederas-derasnya bak air terjun Niagara... Yelahkan, Eyza Chommie-Chommie dah berusaha nak cuba lupakan program Kejururawatan ni, tapi last-last, masih boleh teruskan lagi..
 
Terus terang la, Eyza Chommie-Chommie dah mula rasa lemah semangat, down, putus asa, give up,.. dan, segala semangat yang lecturer Eyza Chommie-Chommie baru tiupkan hari tu, mulai luntur, pudar....
 
 
Hu huuu... Ya Allah, bantulah HambaMu....
Tak putus-putus Eyza Chommie-Chommie mengadu nasib pada Tuhan..
 
 
Dalam masa yang sama, Eyza Chommie-Chommie terus berusaha menelefon Mama, Kakak, Babang, dan Kakak Long macam mana nak selesaikan hal nie..
 
Hmm terpaksalah jugak esok ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh untuk dapatkan pengesahan kesihatan doktor... Aduhhh malasnya.. Dan lagi satu mesti nanti Eyza Chommie-Chommie kena marah dengan doktor tu, sebab tak pergi jumpa doktor pada temujanji yang dah ditetapkan.. Alamak !!!!!!!!!!!!
 
 
Tapi....
Bincang punya bincang....
Akhirnya...
 
Pensyarah muda yang Eyza Chommie-Chommie dah ceritakan hari tu, beliau telefon Eyza Chommie-Chommie...
 
Beliau tahu hal nie pun sebab dimaklumkan oleh Kakak Long Eyza Chommie-Chommie..
 
Lastly, keputusan dibuat..
 
Pihak jabatan sendiri yang akan menguruskan proses penukaran program ni.. Pihak jabatan fakulti dan lecturer tu akan buatkan Eyza Chommie-Chommie surat sokongan untuk permohonan penukaran program pembelajaran tu.. Hu hu..
 
Dan Eyza Chommie-Chommie pun terus bertanyakan lecturer tu tentang status masalah kesihatan Eyza Chommie-Chommie..
Beliau terangkan pada Eyza Chommie-Chommie, yang sebenarnya pihak HEA tu yang tak memahami masalah yang Eyza Chommie-Chommie hadapi, sebab pihak mereka ni bukan dari pihak medical kan ? Betul kan ? Kan ?
 
So, Eyza Chommie-Chommie masih dianggap belum sembuh sepenuhnya sebab masih lagi perlu memakan ubat yang ditetapkan.. Hmm betul juga kan ? Manalah ada orang sihat yang kena makan ubat ? Paling-paling pun makan vitamin je..
 
Hmm yelah.. So, penyelesaiannya, macam yang Eyza Chommie-Chommie beritahu tadi, pihak jabatan yang akan bantu buatkan surat sokongan kepada pihak HEA..
 
Hmmm, barulah Eyza Chommie-Chommie dapat berfikir secara waras kembali.. Rasa lega sikit..
Hmm, betullah, Tuhan akan sentiasa tolong kita, asalkan kita sentiasa banyak bersabar dan ingat padaNya..
 
Ok lah, lega sikit hati ni, kelakar juga bila diingat balik, bila ada masalah je, automatik air mata ni terus je mengalir, tak perlu nak disuruh.. Sebab Eyza Chommie-Chommie ni jenis yang lemah semangat, contohnya, kalau nampak je kucing mati, kucing terbiar, mesti menangis... Kalau ada masalah sikit, mesti menangis.. Hu huu huuu..
 
Ni pun masih ada masalah, bingung memikirkan nak pilih course apa yang sesuai, yang Eyza Chommie-Chommie boleh ikut... Hmm apa yek ? Kalau boleh Eyza Chommie-Chommie tak mahu pindah kampus, sebab Eyza Chommie-Chommie dah sukaaaaa sangat kat sini.... Entahlah..
 
 
Ha lagi satu, esok Eyza Chommie-Chommie kena bangun awal, nak ambil borang untuk buat surat pelepasan cuti, yelah, kalau tak buat surat pelepasan cuti, nanti dianggap sudah berhenti daripada kuliah, kan tak pasal-pasal, semester depan kena buat permohonan semula macam pelajar baru, kan dah susah....
 
Okey lah, lepas ni Eyza Chommie-Chommie nak sambung tulis cerpen tentang Kisah Hidup Eyza Chommie-Chommie... Eyza Chommie-Chommie nak rangkumkan semua kisah hidup Eyza Chommie-Chommie, manalah tahu, satu hari nanti Eyza Chommie-Chommie berjaya dalam sesuatu kerjaya, jadi seorang tokoh, dan masyarakat minta Eyza Chommie-Chommie terbitkan sebuah novel tentang kisah hidup Eyza Chommie-Chommie.. Hehe manalah tahu kan ?
 
Okey lah,
 
Perut dah lapar tangan dah penat,
Teruskan bersabar jangan lemah semangat...
 
Bye-bye jumpa lagi !
 
 
 
 
 



Selasa, 16 Julai 2013

Hujan rahmat di Puncak Alam

Assalamualaikum...

Hari ni sekali lagi Eyza Chommie-Chommie tak buat apa-apa..
Stay kat kolej je
Macam biasa je xtvt berfacebook, tulis cerpen, dan semestinya merenung masa depan... Hu huu..

Hari nie hujan rahmat turun selebat-lebatnya kat Puncak Alam ni,
mungkin, hari ni satu permulaan yang baik untuk Eyza Chommie-Chommie berubah ke arah yang lebih baik untuk menghadapi hari-hari yang akan mendatang.. Insha-Allah doakan Eyza Chommie-Chommie supaya sentiasa lebih bersemangat & always think positively..

Sambil menyelam, minum air,
Sambil menaip, berangan-angan tak sudah,.

Dari jendela bilik ni memperlihatkan keindahan kawasan kampus UiTM Puncak Alam.. Hmm indahnya melihat bangunan kampus yang tersergam megah kebanggaan bumiputera ni,. Bersyukur sangat dapat diberi peluang untuk menuntut di sini, (walaupun setakat ni Eyza Chommie-Chommie tak pegi kuliah pun !)

Hmm setakat ni Eyza Chommie-Chommie tak terfikir lagi nak balik kampung di Parit Sulong, Batu Pahat, Johor.. Mungkin balik ke rumah abang kat Banting, Selangor, tapi, nanti dululah
Tapi Eyza Chommie-Chommie tetap kena balik kampung juga, mungkin minggu depan, sebab ada temujanji dengan doktor pakar di Klinik Pakar 1 Hospital Sultanah Nora Ismail (dulunya dikenali sebagai Hospital Batu Pahat)
Hu hu huu.. Nanti mesti ada sesi "soal siasat" tentang diri Eyza Chommie-Chommie..
Tak apalah, lagi pun Eyza Chommie-Chommie dah berazam nak lawan penyakit ni, jadi, kena jugalah merelakan hati ni, kena pergi jugalah jumpa dengan doktor pakar tuu..

Lagu AdaMu nyanyian Najwa Latif bergema di ruang bilik Eyza Chommie-Chommie (biasalah, roommate tak ada, pegi kuliah kan, so, buka lagu pun volume kuat-kuat juga lah)

Lagu ni menjadi inspirasi kepada Eyza Chommie-Chommie untuk lebih bersemangat dalam hidup..

Ok lah, hayatilah lirik lagu ni (walaupun pendek je)...

Hidup baik-baik !

Assalamualaikum !


AdaMu - Najwa Latif


Merenung ke luar jendela

Melihat kebesaran-Nya

Mensyukuri segala nikmat

Yang dikurniakan di dunia

Kau berikan ku kekuatan

Tuk berpegang pada jalan

Walau penuh dengan cabaran

Kutahu ku adaMu Tuhan

Kerna Kau yang Satu

Yang setia bersamaku

Dikala kujatuh kubangkit kernaMu

Kutahu ku adaMu disisiku selalu

Bantulah hambamu mencari keredhaanMu

Ku tahu ku adaMu….
 
 

History of Eyza Chommie-Chommie name

Assalamualaikum !

Hello hello semua !

Kali ni Eyza Chommie-Chommie nak berkongsi satu rahsia !

Haa rahsia apa yek ?

  • Eyza Chommie-Chommie ada 'secret admirer' ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie ada melakukan kesalahan jenayah ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie ni sebenarnya gemuk gedempol atau 'chubby' ke orangnya ?
  • Eyza Chommie-Chommie ada curi emas kat lombong ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie dah jadi penggodam akaun Facebook orang ke ?
  • Eyza Chommie-Chommie ada curi wang kat Bank Simpanan Nasional ke ? Atau mungkin Tabung Haji ? Erkk !

He he hee bukanlah.. :)

Sebenarnya Eyza Chommie-Chommie nak berkongsi rahsia nama asal 'Chommie-Chommie' nie...

Nama Eyza Chommie-Chommie tu pun bukan nama sebenar admin kat dalam kad pengenalan tau.. Ni cuma sekadar nama samaran atau nama panggilan, atau nama manja juga lah..

Begini, dahulunya Eyza Chommie-Chommie ada seekor kucing bernama Cit Cit (tapi kucing ni sudah tiada di alam  yang fana' ni), dan kucing ini telah melahirkan anak, rupa dan bulu mereka hampir sama, rupa mereka sangat comel. Kalau nak tau, baby kitten tu lahir pada 1 Januari 2011 tau, sedang kita bergembira sambut tahun baru 2011 kan..

Eyza Chommie-Chommie nak namakan baby kitten ni bersempena dengan kecomelannya..

Lama juga Eyza Chommie-Chommie fikir nak letak nama apa yang sesuai dengan nama " Comel " ni ye ?

Lama-kelamaan, bila dah dikaitkan dengan nama " Comel " nie, Eyza Chommie-Chommie dapat satu idea yang betul-betul marvellous !

Nak tau nama apa yang Eyza Chommie-Chommie dapat ?



CHOMMIE
 
 
 
Haa kan ? Haa kan ? So, Eyza Chommie-Chommie pun letak la nama CHOMMIE tu ke dalam sijil lahir baby kitten tu (walhal tak wujud pun sijil lahirnya yang sebenar)..

So, setiap hari Eyza Chommie-Chommie biasakan baby kitten tu untuk dipanggil CHOMMIE, Alhamdulillah, kami mengharungi hidup bersama-sama dengan kegembiraan..

Tapi, persahabatan kami cuma bertahan selama setahun 11 bulan, tak sampai 2 tahun pun. Dia pergi pada 30 November 2012, satu hari je lepas Eyza Chommie-Chommie tamat peperiksaan Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) dengan cara yang Eyza Chommie-Chommie sampai sekarang pun tak dapat nak terima kenyataannya. Menangis-nangis Eyza Chommie-Chommie masa tu.. Sedih kan ?
Tak apa, sekarang ni, anak kepada Chommie tu, Ku-Chan, menjadi tatapan pengubat rindu kucing tersebut..


Dan mulai dari itu la, sebagai menghargai tanda persahabatan kitorang, Eyza Chommie-Chommie pun mengabadikan nama ni sebagai nama panggilan, nama samaran, dan juga nama manja admin, pada akaun facebook, pada akaun email google, pada blog, pada Instagram, dan juga pada akaun We Chat ID...

Ok lah, mata dah lekat-lekat kantuk macam ada magnet U dengan S ni, muka pun dah lemau macam biskut marie yang tak disimpan dalam Tupperware, tangan pun dah penat layu je macam pokok bunga puding Mama Eyza Chommie-Chommie yang dah seminggu tak disiram air, ok lah, kita jumpa lagi next time..

Bye bye & Assalamualaikum !



Think Positively !

Assalamualaikum !

Hmm, hari ni, Eyza Chommie-Chommie pagi-pagi lagi dah pergi berjumpa dengan lecturer. Daripada minggu lepas, ada seorang kawan tu ada cakap, pensyarah tu nak jumpa Eyza Chommie-Chommie.

Hu huu, apalah yang bakal dibicarakan yek ?
Dup dap dup dap
Lagu Cinta Muka Buku nyanyian Najwa Latif bergema di cuping telinga Eyza Chommie-Chommie,
 
" Banyak persoalan yang berada di minda"
"Banyak tanda tanya dan juga kata kerja"

Hmm, rupa-rupanya beliau sangat mengambil berat akan keadaan Eyza Chommie-Chommie. Yela kan, dalam proses pertukaran program, tup tup ada penyakit, so, beliau ni sangat 'caring' tau orangnya.

Banyak nasihat dan kata-kata semangat yang dah beliau tiupkan dalam diri Eyza Chommie-Chommie ni. Terharu sangat tau.

Sesi perjumpaan bersama pensyarah muda tu dah macam sesi kaunseling jugak tau, termasuk juga sesi meluahkan perasaan.. Pensyarah muda tu mengingatkan Eyza Chommie-Chommie, agar sentiasa " think positively " ... Hmmm, mungkin selama ni memang la, Eyza Chommie-Chommie selalu berfikiran negative, patut la x pandai nak adapt problem..

Sejujurnya, hari ni Eyza Chommie-Chommie rasa bebanan yang selama ni dipikul, lenyap serta merta.. Hari ni, Eyza Chommie-Chommie bertekad, 'always think positively', dan berharap, hari ini merupakan permulaan yang baik untuk Eyza Chommie-Chommie berubah, dan untuk menghadapi hari-hari seterusnya yang akan mendatang...




Sabtu, 13 Julai 2013

I Thought I Lost You

Assalamualaikum...

Hmmm, kali ni Eyza Chommie-Chommie nak kongsi satu lirik lagu.. Lagu ni best sangat-sangat, lagi-lagilah sekarang ni rindu kat Ku-Chan, so, lagu ni dah kira macam sentimental jugak la.. Ha haa..
 
Lagu ni tajuknya " I Thought I Lost You" nyanyian idola Eyza Chommie-Chommie jugak, tentunya Miley Cyrus, dinyanyikan bersama John Travolta..
 
Lagu ni dicipta khas untuk filem Bolt siaran Disney Channel. Filem ini mengisahkan tentang seekor anjing yang bernama Bolt, dan tuannya, Penny. Mereka ni sama-sama menjadi pelakon filem. Tapi macam-macam cabaran yang diorang ni tempuhi, akhirnya suatu hari ni, diorang terpisah. So, makin banyak la cabaran yang mereka kena tempuhi. Lagu ni memang mengisahkan tentang diorang.
 
Haa, kalau korang nak tahu, Miley Cyrus juga jadi penyumbang suara utama untuk cerita ni iaitu untuk watak Penny, John Travolta pula untuk watak Bolt. Cerita ni sweet sangat tau !
 
Ok lah, ni dia liriknya. So, lets enjoy...
 
I THOUGHT I LOST YOU
[ Miley Cyrus & John Travolta ]
 

[Miley]
Nobody listens to me, don't hear a single thing I've said
Say anything to soothe me, anything to get you from my head
Don't know how really I feel,
Cause it's the faith that makes it like I don't care
Don't know how much it hurts to turn around like you were never there
Like somehow you could be replaced and I could walk away from the promises we made
And swore we'd never break!!

[Chorus - Miley & Travolta]
I thought I lost you when you ran away to try to find me
I thought I'd never see your sweet face again.
I turned around and you were gone and on and on the days went
but I kept the moments that we were in
'Cause I hoped in my heart, that you would come back to me my friend
And now I got you, but I thought I lost you!

[Travolta]
I felt so empty out there, and there were days I had my doubts
but I knew I'd find you somewhere
because I knew I couldn't live without you in my life for one more day
and I swore I'd never break a promise that we made

[Chorus - Miley & Travolta]
I thought I lost you when you ran away to try to find me
I thought I'd never see your sweet face again.
I turned around and you were gone and on and on the days went
but I kept the moments that we were in
'Cause I hoped in my heart, that you would come back to me, my friend
And now I got you, but I thought I lost you!

[Travolta]
I told myself I wouldn't sleep 'til I searched the world from sea to sea

[Miley]
I made a wish upon a star, I turned around and there you were

[Miley & Travolta]
And now here we are, are

[Miley]
here we are
I thought I lost you

[Travolta]
I thought I lost you too

[Miley]
I thought I lost you
[Travolta]
I thought I lost you

[Miley]
Yeah

[Chorus - Miley & Travolta]
I thought I lost you when you ran away to try to find me
I thought I'd never see your sweet face again.
I turned around and you were gone and on and on the days went
but I kept the moments that we were in
and I knew in my heart, that you would come back to me, my friend
And now I got you, I thought I lost you!

[Miley]
but I thought I lost you

[Travolta]
I thought I lost you too
[Both]
so glad I got you, got you

[Miley]
so glad I got you, yeah yeah
I thought I lost you

[Travolta]
I thought I lost you too

Alaaaaaaa Ku-Chan....

Assalamualaikum...
 
Alaa.. Eyza Chommie-Chommie tak jadi balik kampung la. Mula-mula rancang nak balik kampong coz classmate cakap nak balik kampung, tapi diorang tak jadi balik kampung la, sebab ada assignment yang nak kena selesaikan, tapi Eyza Chommie-Chommie tak ada assignment pun sebab ni tengah tunggu pertukaran course. Tapi tak best la balik kampung sorang-sorang kan ? So, last-last Eyza Chommie-Chommie pun ambil keputusan nak pergi rumah Babang kat Banting je la.. Sekurang-kurangnya dapat la tengok tv...
 
Mama pun cakap, tak payah balik kampung la, asyik rindu Ku-Chan je..
Ku-Chan tak payah dirindu-rindu, tak perlu susah-susah asyik nak ingat Ku-Chan je..
Hmmm yela tu, tapi walau macam mana pun, persahabatan kitorang tetap tak akan putus, kan Ku-Chan ? Kita minta maaf tau Ku-Chan sebab tak jadi balik kampung.. Ku-Chan jangan merajuk tau, kalau Ku-Chan merajuk, kita pun merajuk tau.. Cayang Ku-Chan !
 
Apa pun, persahabatan kite tetap sweet dan cute...
 
Ok lah, sampai sini je coretan Eyza Chommie-Chommie.. Lain kali Eyza Chommie-Chommie berceloteh lagi !
 
Bye-bye semua !
Bye-bye Ku-Chan !
 
Sayang peluk, cium semut !
Cayang peluk, cium Ku-Chan !
 

Jumaat, 12 Julai 2013

Rindu Ku-Chan...

 
Assalamualaikum...
 
Hu huuuu... Rindunye kat Ku-Chan nie.. Dah lebih kurang 2 minggu tak Nampak si comel nie.. Hmmm tak bole jadi nie, esok Eyza Chommie-Chommie mesti balik kampung !!!!
Kata Babah dengan Mama, Ku-Chan pun puasa jugak..
Bagus la tu, kalau kerjanya asyik nak makan je bole jadi chubby jugak nanti kan ?
Hmmm semalam first day puasa.. Kata Mama Ku-Chan puasa sampai pukul 3 petang je, hu hu huu.. Lepas tu dia dah tergedik-gedik mintak Mama keropok..
Apa pun, tabik spring for my beloved cat !
Cayang Ku-Chan !


Salam perkenalan....

Assalamualaikum...
 
Hai hai hai ! Saya, Eyza Chommie-Chommie baru je nak belajar ber'blogger'..
Ni gambar Eyza Chommie-Chommie bersama kakak tersayang..
So, selamat berkenalan semua dan sila beri tunjuk ajar ye,,,

 

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !

Welcome to eyzachommie-chommie.blogspot.com.my !